Dalam agama Islam batu yang paling terkenal, adalah batu hitam dari mekah yang di sebut Hajar Aswad. Di katakan pada mulanya batu ini berwarna putih bersih dan menjadi hitam kerana dosa-dosa manusia. Tetapi di percayai di bahagian dalamnya masih putih berkilau. Di katakan ketika Adam dan Hawa turun ke dunia, sebuah batu istimewa mengikuti mengikuti bersama-sama mereka. Pada zaman Nabi Noh berlaku banjir besar,batu ini kembali ke Syurga. Kemudian di beri kepada Nabi Ibrahim oleh malaikat Jibril. Nabi Ibrahim menempatkan pada satu sudut arah tenggara Kaabah di Mekah.Hajar Aswad akhirnya diambil dari Mekah oleh orang "Karamiah" (sebuah sekte yang memutarbelitkan nilai-nilai fudamental Islam). Setelah dua puluh tahun di tangan mereka Hajar Aswad di kembalikan lagi. Batu ini juga disebut sebagai Tangan kanan Allah di bumi. Sangat dihormati oleh orang muslim. Pandangan sekilas terhadap sejarah kristal cukup untuk memunculkan gambaran pola global kepada sesuatu kepercayaan. Kristal adalah ciptaan Tuhan yang tercantik yang menggabungkan warna dan bentuk. Kristal mempunyai corak tenaga yang unik yang membolehkan kita merawat dan mengimbangkan diri kita. Sejak beribu-ribu tahun dahulu manusia telah menggunakan tenaga penyembuhan kristal ini . Tenaga kristal ini terlalu kuat dan potensinya untuk menyembuhkan penyakit tidak boleh dipandang ringan. Tenaga kristal yang dinamik ini adalah hasil daripada kombinasi dari ciri-ciri fizikal dan metafizikal kristal tersebut yang mana mengambil masa berjuta-juta tahun untuk menerima tenaga yang terpancar dari dalam bumi (dalam masa 200 juta tahun dahulu) yang membolehkan proses kebolehan penyembuhan kristal tersebut.
Friday, May 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment